Monday, August 24, 2009

ANTARA MENULIS & MELUKIS

Aku sebenarnya agak resah untuk menulis kerana pada tabiinya aku lebih gemar melukis. Menulis pada aku lebih banyak mencanangkan keangkuhan diri. Sedangkan melukis lebih banyak mentafsir diri dari dalam diri. Menulis akan ada kecenderungan untuk banyak menjulang egoisme sendiri. Setiap kali tika aku ingin menulis, aku akan menghadapi hambatan tafsiran dari pembaca yang akan menilai tulisan aku. Setiap kali itu juga resap rasa yang terkadang melampau mempersukarkan lagi untuk aku meneruskan penulisan. Aku akan merasakan begitu tenang dan santai apabila berus berus cat aku menari-nari dikanvas putih bersih. Lontaran dan hayunan calitan warna itu juga membuatkan aku begitu asyik menjalin melodrama kehidupan dikanvas.
Pernah aku menghadiri seminar seni lukis di Kuala Lumpur tidak lama dulu. Maka hadirlah ramai karyawan karyawan negara yang gah-gah namanya. Ketika seminar berlangsung seorang hamba kerdil melontarkan soalan bertanyakan kepada seorang karyawan terkenal negara. "Tuan telah menghasilkan banyak karya karya yang mengkagumkan ramai insan dan tuan telah menjadi ikon pada ramai pendatang baru yang ingin bergiat aktif dalam seni, kenapakah tuan tidak menulis tentang hasil karya tuan..." Begitulah bunyi soalan yang agak panjang lebar. Maka jawablah sang pengkarya. "Kalau saya menulis, saya tidak melukis dan sekarang saya melukis maka itu saya tidak menulis". Sunyi sepi dewan seminar buat seketika bagai garuda datang melanda. Hamba yang kerdil tadi diam dan berfikir, ada kebenaran jawapan tersebut. Sekiranya seseorang itu diamanahkan untuk jadi doktor maka tidak bolehlah diwaktu yang sama dia jadi juruterbang.
Aku dalam dilema lagi. Bezanya aku dengan yang bertanya tadi, aku juga adalah seorang pendidik yang memaksa atau mendesak aku untuk jadi seorang penulis yang baik. Teringat aku pada seorang rakan seperjuangan yang menyatakan atau lebih tepat lagi memberi semangat untuk aku menulis. Katanya padaku dengan penuh yakin dan lantang. "Tulis je apa yang kau rasa nak tulis". Aku memandang padanya dengan rasa yang agak pelik bercampur keliru. Apakah seorang akademik boleh menulis apa saja yang dia rasa nak tulis. Apakah itu prinsip yang aku harus ikut? Kalau setakat menulis memang ramai yang tau menulis kecuali pelajar senibina tahun satu yang harus diajar menulis kembali hurufan senibina dengan betul. Tu pun tak betul betul sehingga kena 'redo' beberapa kali. Maksud aku apakah ilmunya, isinya, penyampaianya, khalayak sasarnya dsb tidak diambil kira?
Tujuan aku menulis blog atau lebih tepat lagi jadi bloggers ni pada mulanya adalah nak berkongsi sedikit ilmu yang ada pada aku. Permulaan blog, aku menulis dalam bahasa penjajah. Konon kononnya nak dapat khalayak international gitu. Dan juga cuba untuk mengawal isi kandunganya supaya agak akademik tetapi responnya agak mengecewakan. Telah aku cuba bertanya pada rakan blog, apakah yang 'audience' perlukan. Antara jawapan yang aku terima ialah aku perlukan publisiti. O my God... I really really HATE publisity!!! So what should i do? Ada yang jawab perlu lebih santai dan lebih 'friendly'. Hahah... ni yang tengah aku cuba buat. Kena sembang bahasa korang, cerita pasal korang dan bukan bercakap bahasa seperti di perenggan pertama diatas. Bahasa sastera yang sukar difahami dan diterima pakai. "Skrg org dh pkai bhsa sms". Lebih senang dan jimat masa dan kertas. Kadang kala aku pun tak paham bila korang sms kat aku... maklumlah aku ni dari generasi X, korang dari generasi Y. Ni aku nak bagitau korang skit pasal generasi korang tu. Korang dilahirkan dengan hand phone kat tangan kiri dan mouse kat tangan kanan korang. Itulah pasal korang dipanggil generasi Y. Hah ape? pasal generasi X tu ape.. Korang tak perlu tau la pasal generasi X tu ape... Generasi X ni ada banyak spesis. Contohnya aku ni dari 'rare weird spesis'. This is what they called me at the faculty. Aku pun tak tau.. aku rasa aku sama gak dengan dia orang & korang. Generasi X ni ada gak dari spesis bell bottom tapi aku tak sempat la nak layan spesis tu. Ish malas la aku nak cite pasal Generasi X ni. Korang pergi la check sendiri kat dalam web site ada citer detail cam detail drawing korang tu...
Ni satu lagi dilema aku... Aku sekarang ni pun tengah giler photography plak. Dulu ada gak giler kejap tapi tak la camni... Aku ni nak cakap besar idak le tapi ada la belajor skit skit pasal fotografi ni. Tapi tu dulu masa pakai kamera analog. skarang ni sume dah digital... kena la aku belajo balik... aku pun fening asyik nak cari subject matter je... sampai korang pun aku jadikan subject matter aku... ntah eh.. nape ntah... NTAH lah malas la aku nak pikiak. Korang tolong pikiak la untuk aku dan beri la pendapat korang kalau korang rasa rajin nak layan aku....

7 comments:

  1. kadang-kala kita boleh beku dalam sesuatu pameran seni.... asyik, menghayati tiap2 kanvas... cemburu juga melihat artist ber-demo, selamba je bancuh kaler...laju semacam... teringin juga menjadi seperti mereka...

    ReplyDelete
  2. salam..

    gaya bisa berubah untuk memaparkan seri,
    namun jiwa tetap serupa..

    menulis dengan mata hati,
    melukis dengan mata jiwa,

    apa yang pasti,
    jiwa itu kental dan merdeka...

    persiapan sebelum ke daerah yang satu lagi..

    -osman-
    dalam hembusan nyx hijau

    ReplyDelete
  3. terima ksih tuan tuan atas kesudian memberi calitan & coretan minda. barangkali akan jadi lebih berkomunikatif sesudah aku memberi serba sedikit latar diri & latar seni. boleh dikatakan antara latar diri & latar seni aku tidak banyak yang berselindung. malah, kepada yang teliti, mereka akan menarik beberapa keping hidup aku tercantum dalam karya-karya seni itu sendiri.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan.... rasa teruja bila mendengarkan luahan jiwa yang bergema.Hebat bro! Yok kita rapatkan shaf untuk sama-sama berkarya.

    ReplyDelete
  5. Wa alaikumus salam Tuan. Sori tuan lambat jwb... Kawan adala bagitau kekawan ajak masuk SERUPA dan ada gak minta dia org jumpa tuan isi borang utk merapatkan lagi saf kita & ruang utk berkarya...

    ReplyDelete
  6. hehe.. assalamualaikum (",).. nth la, saya ada mengalami sedikit masalah tentang melukis & menulis ni.. saya selalu menulis di dalam kepala tetapi malas nak luahkannya di atas kertas lukisan.. selalu menghasilkan skrip komik dan berimaginasi tetapi jarang melukis dan menghidupkan cerita itu..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Solahuddin kerana berkongsi pendapat anda. pada saya melukis lebih puas dari menulis. melukis sesuatu yg dtg dari hati. mungkin menulis juga dtg dari hati tapi kita perlu berkarya. apa pun kedua dua nya ada kelibihan masing masing. selamat berkarya.

    ReplyDelete